Akaun eemangrowkids.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

EEMAN GROW TUTORING PROGRAMME

EEMAN GROW TUTORING PROGRAMME

Ibu bapa mengalami dilema ini?

Anak masih tidak kenal huruf ?

Anak kecil tidak kenal huruf itu normal. Namun, alangkah baiknya, jika anak - anak ini diberi rangsangan untuk mencintai ilmu dan menyemai sikap suka membaca dari awal. Hal ini boleh dimulakan dengan membuat aktiviti pra-membaca dengan bermain, membuat aktiviti sambil mengenalkan huruf.


Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca adalah ketika otak mereka sedang berhubung. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada usia awal kanak-kanak, ia akan memberi kesan yang optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.


Semailah rasa suka membaca itu dengan aktiviti yang menghiburkan! Pasti anak belajar dengan gembira!



Anak masih belum boleh membaca? 

Anak ibu ayah berumur 5,6 tahun atau dah berumur 8 tahun tapi masih belum pandai membaca?


Pasca Covid ramai anak - anak yang terkesan. 


Pasti ibu ayah risau apabila melihat rakan sekelas anak sudah pandai membaca, namun anak sendiri belum boleh membaca. Kerisauan ibu ayah adalah benar apabila memikirkan kepentingan keupayaan membaca ini dalam kehidupan kanak-kanak. "Membaca adalah hak setiap kanak-kanak"


 Apakah faedah membaca untuk anak?

menambah perbendaharaan kata 

+ meningkatkan keyakinan berkomunikasi

+ mengembangkan imaginasi & kreativiti

+melatih konsentrasi

+ memupuk nilai & akhlak mulia



Tak tahu nak ajar anak apa?

Ini adalah masalah kebanyakan ibu bapa, tidak tahu kaedah untuk ajar anak sendiri walaupun mempunyai kelapangan masa di samping tidak tahu apa yang patut diajar mengikut tahap perkembangan anak-anak.



Anak kena masuk kelas pemulihan

Punca anak kena masuk kelas pemulihan sebab tak lancar membaca, ada yang masih tidak kenal huruf.


Ini sangat membimbangkan ibu bapa yang mana boleh menyebabkan anak-anak ketinggalan dalam pelajaran.


Tiada masa mengajar anak sendiri

Ramai ibu bapa yang nak ajar  anak sendiri tetapi tiada masa untuk mengajar disebabkan kerja hakiki. Ada yang balik lewat, nak uruskan rumah lagi, menyebabkan kekurangan masa untuk mengajar anak sendiri.


Eeman Grow sangat prihatin dengan masalah ibu bapa dan anak-anak, oleh itu kami memperkenalkan program tutor untuk anda yang ada masalah seperti di atas.




Bagaimana kelas berjalan?


kita akan menggunakan aplikasi zoom bagi memastikan kualiti video semasa pengajaran dilakukan.


Kelas secara "one to one" maka tutor dapat menumpukan sepenuh perhatian pada anak anda selama sesi mereka dan yang bagusnya ada "sentuhan peribadi" yang membolehkan tutor dan pelajar lebih selesa dan kenal tahap pelajar mereka.

Kelas hanya  20-30 minit sahaja 1 sesi dan 2kali seminggu

sangat sesuai dengan tahap fokus anak-anak yang tidak boleh terlalu lama menghadap skrin.


Ada pembelajaran kendiri 

ada 3 hari berbaki yang tiada kelas, kita adakan pembelajaran kendiri melalui Eeman happy learning kit


Bukan sekadar kelas membaca!

Ya, sambil membaca kita menulis dan mengira


Aktiviti yang menyeronokkan!

itu keistimewaan kami di Eeman grow juga ada happy learning box yang mana di dalamnya terdapat bahan-bahan untuk aktiviti belajar sambil bermain.


Ada laporan dan juga ganjaran

Ini yang paling anak-anak suka dan bersemangat belajar kerana kami sediakan sistem ganjaran dan ibu bapa boleh melihat perkembangan anak mereka.

Masa dan hari kelas boleh dipilih 

Fleksibel- Masa dan hari boleh ditentukan dengan persetujuan ibu bapa, pelajar dan tutor.


siapa yang sesuai sertai?


anak-anak umur 3 tahun ke atas


ibu bapa yang homeschool anak tetapi tidak tahu nak ajar anak membaca


Ibu bapa yang tiada masa ajar anak sendiri


Anak yang masih tidak kenal huruf dan tidak pandai membaca


Anak yang masuk kelas pemulihan


Apa yang Eeman Grow tutor tawarkan?


Ibu bapa dah tak perlu risau lagi dengan bantuan Eeman Grow tutor!


Jimat masa, tenaga dan minyak

tak perlu bersiap untuk hantar anak ke pusat, hanya sediakan komputer dan internet yang kuat sahaja.


Yuran yang berbaloi dan berpatutan

 anak anda belajar secara peribadi dengan tutor berpatutan dengan yuran.


Lebih selamat dan kurang risiko

walaupun segalanya sudah seperti biasa namun kita masih perlu berhati-hati kerana kes masih tinggi, jadi dengan cara ini lebih selamat.


Tak perlu stress lagi

Setiap ibu bapa tidak sempurna, semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak jadi, Eeman grow tutor boleh bantu anda dari sudut pendidikan anak-anak. anda percaya kami, maka kami akan buat yang terbaik.



Eeman grow sentiasa memahami keperluan ibu bapa dan anak-anak.


Oleh kerana keprihatinan kami, kami menyediakan pelbagai pilihan untuk ibu bapa pilih yang sesuai ikut perkembangan anak.


Kami tidak menjanjikan kelas cepat membaca seperti kebanyakan di luar sana tapi kami pentingkan emosi anak-anak dan menghargai tahap perkembangan mereka.


Setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan berbeza, begitu juga di dalam membaca, ada anak yang cepat sekitar 3-4 bulan sudah boleh membaca, ada yang makan masa 5-6 bulan. Namun, kesabaran itu sangat penting demi keprihatinan kita terhadap setiap kelebihan dan kekurangan mereka.


Di Eeman Grow apa yang utama adalah anak-anak seronok belajar tanpa paksaan dan yang penting efektif dan berkualiti.



Itu kata-kata dari ibu bapa yang bersungguh-sungguh untuk pendidikan anak mereka.



Pendaftaran bukan sekadar pendaftaran kosong tau, ada banyak sangat bahan dalam kit pendaftaran Eeman Grow Tutoring programme.



Sudah tentu ibu bapa puas hati dan anak gembira dengan apa yang dibayar kan?


Oh sebelum terlupa, kami juga terdapat Platform pendidikan (E-Learning) juga tau!



Mana yang menjadi pilihan ibu bapa?

DAFTAR SEKARANG!!

TEMPAT ADALAH TERHAD!!




Perlukan bantuan?